Friday, March 27, 2009

Kisah Guru di pendalaman







Halim..teman serumah semasa maktab,satu kursus dengan aku.Halim,Amril,Husni dan Arif...haousemate aku terpaksa ke Sarawak.Posting di sana dengan hati yang kecewa.Nasib badan.Halim balik cuti yang lalu dan lepak dekat rumah aku.Rezeki Halim....bertugas di Selangau,Sibu.Perjalanan yang agak jauh.5 jam menaiki perahu jauh ke dalam hutan borneo.Halim baru kahwin 2 minggu sebelum berangkat ke sana.Inai masih merah di jari.Apa pun demi tugas mendidik anak bangsa...perjuangan tetap diteruskan.Semasa di maktab,aku menunjukkan video klip yang aku ambik dari youtube.Kisah cikgu di pendalaman.Kami pakat ketawa tengok kisah cikgu yang naik perahu panjang yang membelah sungai berbatu.Tak sangka akhirnya Halim menerima nasib yang sama.
Cerita Halim....mandi air hujan dan muridnya cuma 3 orang.Mujur generator dipasang 24 jam.Kalau tidak terpaksa bergelap.Tambang perahu RM600.Cuma elaun P3 yang mencecah RM1500 menjadi pengubat duka.Air sungai dalam setinggi pucuk kelapa.Kalau perahu terbalik...semoga Halim diberi keselamatan oleh Allah.
Inilah antara rencah seorang guru.Bertugas merentasi sempadan.Walau ramai yang memperlekehkan tugas guru...namun hanya guru yang tahu jerit payah mendidik insan.Banyak lagi kisah Halim yang bakal aku paparkan.Cuma menunggu balik semenanjung.Dan aku yakin Halim akan balik kalau ada cuti sebab isterinya sabar menanti.

No comments:

Post a Comment