Wednesday, October 2, 2013

HOTS: High Order Thinking Skills (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi -K-BAT)

Kemahiran berfikir merupakan elemen yang terpenting di dalam dunia pendidikan.George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks. Peranan guru ialah menghasilkan generasi yang mempunyai daya fikir yang tinggi seterusnya menghasilkan manusia yang berdaya maju.Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi
 menyelesaikan masalah. 

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau KBAT (sebutannya berbunyi K-BAT) merupakan gaya berfikir menggunakan kaedah High Order Thinking Skills atau HOTS yang dipelopori oleh Onosko dan Newmann (1994) mendefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi. HOTS merupakan salah satu elemen di dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis-KBKK. 

Kemahiran ini membuka peluang kepada pelajar untuk menganalisis dan mencari penyelesaian secara kreatif.

Bagi merangsang pemikiran pelajar supaya boleh mencapai sehingga ke tahap tinggi, guru perlu menyoal murid dengan menggunakan kaedah dan tujuan yang spesifik. Antara tujuan menyoal ialah melihat daya pemikiran pelajar, menimbulkan minat serta merangsang pemikiran yang kritikal. Soalan boleh berbentuk provokasi tetapi mesti ringkas dan bermatlamat.

Pembentukan kumpulan mampu menjana pemikiran kreatif beraras tinggi daripada pelajar. Guru mesti menggunakan kepelbagaian kaedah yang sesuai agar dapat merangsang neuron-neuron pelajar agar dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan lojik dan melangkaui kotak pemikiran biasa. Teknik pengajaran secara langsung boleh diaplikasikan dan juga bantuan komputer untuk merencanakan rangsangan rangsangan yang bersesuai supaya pelajar dapat menghasilkan jawapan yang berstandard tinggi. Guru juga perlu menggunakan komunikasi yang jelas dan menggunakan bahan bantuan sekiranya perlu.

Langkah Kementerian memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i-think perlu dimanfaatkan secara serius. Ini kerana untuk melahirkan pelajar yang berfikir di aras tinggi, guru juga perlu melakukan anjakan paradigma dan bukan lagi mengajar secara berpusatkan guru serta berorientasikan peperiksaan. Pengenalan Kurikulum Standard  merupakan salah satu agenda kerajaan untuk melahirkan insan yang berfikiran melangkaui aras biasa. Antara peranan guru ialah memastikan setiap pelajar mempunyai peranan masing masing ketika PdP serta sentiasa membuka peluang kepada murid untuk bertanya dan menyoal secara kreatif. Guru juga perlu menggunakan pelbagai strategi untuk menarik minat pelajar agar sentiasa memainkan peranan yang jelas di dalam kelas. Usaha yang berterusan akan menjadikan matlamat utama pendidikan melahirkan modal insan yang berfikiran tinggi dapat direalisasikan.

Saturday, September 28, 2013

Sikap Guru Punca Pelajar Ponteng?

Riuh rendah diperkatakan. Apabila pakar pendidikan mengeluarkan kajian yang saya tidak pasti siapakah responden yang terlibat. Bukan niat saya mahu menyanggah dapatan kajian beliau. Cuma sebagai pendidik, kita wajar mencari punca permasalahn berasaskan dapatan yang konkrit. Mungkin juga media sekadar mensensasikan berita untuk melariskan cerita. Jika kesalahan berpunca daripada guru, tajuk berita akan diletakkan di muka depan dengan pelbagai tajuk yang panas.

"Guru memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini kerana secara amnya pelajar suka berada di sekolah tetapi personaliti guru yang garang, marah-marah, suka membebel dan teknik pengajaran membosankan menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah.
"Terdapat juga guru yang mengajar dengan kurang efektif kerana menganggap kerjaya perguruan hanya sebagai pilihan untuk mendapatkan pekerjaan lebih terjamin," katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terlalu bias dan berat sebelah penyataan yang dikeluarkan. Jika pelajar universiti ponteng kuliah dan tutorial, wajarkah umum menyalahkan pensayarah kerana tidak pandai mengajar? atau boleh kita mengatakan pensyarah mengajar sambil lewa sebab pekerjaan pensyarah sudah terjamin?


Beza antara pensyarah dan guru ialah pensyarah boleh mengugut pelajar supaya hadir ke kuliah jika mahu masuk peperiksaan akhir kerana terdapat ugutan jika pelajar tidak hadir kurang daripada 80 peratus maka pelajar tidak layak masuk peperiksaan akhir walaupun pengajaran pensyarah tersebut tunggang langgang dan tidak menarik langsung. Namun begitu guru hanya mampu mengeluarkan surat amaran 1,2 dan 3 jika murid ponteng. Sekiranya melebihi hari yang ditetapkan, guru tidak wajar mengambil apa jua tindakan kerana semua tindakan disiplin kerana wujud pekeliling yang tidak membenarkan tindakan tertentu. Jika pelajar terbabit diambil tindakan keras maka pihak pentadbir perlu bersedia menerima tindakan pula dari ibu bapa.

Gejala ponteng sekolah bukan perkara baru. Pelbagai kajian dilakukan untuk mencari punca yang menyebabkan gejala ini berleluasa. Meletakkan kesalahan terhadap guru adalah sesuatu yang serius. Jika ini benar maka satu rombakan besar perlu dilakukan terhadap bidang perguruan, Tuduhan ini bukan main-main. Ia menjejaskan kredibiliti guru yang kini menjadi bahan sindiran masyarakat. Saya mengambil satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Malaysia yang boleh anda baca di link berikut


Saya tidak mengatakan kajian UTM ini lebih baik. Tetapi berdasarkan dapatan kajian tersebut anda boleh melihat dengan jelas faktor faktor yang paling mempengaruhi gejala ponteng adalah SIKAP pelajar itu sendiri.Sebagus mana guru mengajar tahap dewata ataupun pendeta, jika pelajar mahu ponteng...mereka tetap mencari alasan. Pelajar sekarang bukan seperti dulu. Mereka sangat kreatif.  Usah terlalu skeptikal. Adakah para penyelidik ini turun ke lapangan sehingga ke rumah pelajar dan mencari punca ponteng? adaklah responden ini terdiri daripada pelajar yang melepak di pasaraya ataupun pengisian soal selidik dilakukan di tempat pelajar melepak ketika ponteng? kalau sekadar mengambil jalan mudah dengan turun ke sekolah dan menganggu waktu belajar mereka dengan mengisi borang soal selidik, ianya sangat tidak praktikal..

Dalam kajian UTM, hanya 6.4 peratus responden sangat bersetuju mereka ponteng kerana mengelakkan guru yang garang malah hampir 30 peratus tidak bersetuju. 

Personaliti atau sikap guru dikenal pasti sebagai faktor terpenting dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah, menurut kajian yang dijalankan Universiti Malaya (UM) dan Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Warga guru mahukan bukti yang jelas tentang perkara ini. Meletakkan beban terhadap guru yang sedia terbeban bukan faktor penyelesaian yang konkrit. Para penyelidik perlu melihat semua bentuk faktor yang ada. Bukan hanya mahu kajian anda terlalu sensasi agar terbit di akhbar utama dan menaikkan nama penyelidik. Kos penyelidikan yang menggunakan duit rakyat perlu jelas dan menghasilkan solusi.

Jelas sekali kita mengambil jalan mudah menuding jari. Adakah kajian kajian begini yang menyebabkan ranking universiti kita jauh terperosok? Tunggu pula siapa lagi yang hendak disalahkan.


Thursday, September 26, 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Menuju kelas dunia

Transformasi pendidikan lahir pelajar penuhi keperluan abad ke-21
Kuala Lumpur: Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan negara untuk melonjakkan pencapaian memenuhi aspirasi yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran diperlukan pada abad ke-21. 
Katanya, bagi mencapai hasrat itu, kerajaan menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyediakan kerangka pembangunan menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga 2025. 
“Dalam usaha mencapai aspirasi tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai,” katanya dalam prakata pelan pendidikan itu yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Najib berkata, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah kakitangan dan kemudahan, malah menjurus kepada usaha memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran.
Perubahan besar
Katanya, bersandarkan inisiatif diperkenalkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan itu menggariskan perubahan besar yang dihasratkan. 
Najib berkata, pelan itu dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui dan walaupun semua matlamat itu melambangkan cita-cita yang tinggi, namun beliau yakin ia mampu dicapai. 
Matlamat itu, menurut Najib, termasuk memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat pendidikan iaitu daripada prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, selain mengurangkan jurang pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin, bandar dan luar bandar serta antara negeri dalam tempoh yang sama. 
“Hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang serta teliti dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid,” katanya.
Mengakui bukan mudah melaksanakan transformasi sistem pendidikan, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan, Kementerian Pendidikan dan beliau sendiri komited untuk mencapai semua matlamat dan aspirasi yang digariskan. - BERNAMA

Guru kahwin boleh pindah ikut suami


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan bersedia mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, memberitahu Dewan Rakyat semalam, adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas. 

Beri sokongan 




“Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang sudah berkahwin. 

“Ini atas dasar kemanusiaan... tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan,” katanya. 

Tuesday, September 24, 2013

Dunia Inovasi: International Research and Innovation in Education (EDU-INERI) UPSI

INOVASI:-

Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.
Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

Saya bukanlah seorang yang kreatif. Semuanya sekadar suka-suka sahaja. Apabila mendapat jemputan untuk Pertandinagan International Research and Innovation in Education (EDU-INERI) UPSI, saya mula terfikir untuk menghasilkan produk inovasi. Dengan buah fikiran rakan rakan, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan Kit Sifir Ekspress.

Dengan masa yang terhad, tambahan pula dengan kursus yang banyak di hujung penggal ini, saya merekabentuk konsep ini dengan sekadar apa yang ada di tangan. Maklumlah guru biasa seperti kami bukan mudah untuk mengeluarkan belanja yang banyak. Namun bagi saya kekangan ini adalah sebahagian cabaran yang menyeronokkan.

Pertandingan yang diadakan pada 21 dan 22 September 2013 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Proton City, Tanjung Malim. Mujurlah kebetulan pada waktu itu sekolah turut mengadakan aktiviti Perkhemahan di Sg Gading. Jadi saya menumpang program tersebut untuk bermalam. (kos penginapan juga menjadi masalah pada guru biasa).

Hari pertama saya terlewat untuk pendaftaran. Mujur urusetia memaklumkan bahawa pendaftaran dibuka hingga malam. Namun saya mengambil keputusan untuk memasang peralatan keesokkan paginya kerana jarak untuk keluar dari Sg. Gading agak jauh tambahan pula jalan yang sempit dan berbatu-batu.

Ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini. Pengalaman yang kosong dengan berbekalkan semangat sahaja, saya merasa tersangat kerdil. Tambahan pula tiada kategori untuk guru dan saya terpaksa bersaing dengan Penyelidik dan Pensyarah daripada IPTA/IPTS serta Institut Perguruan. Hampir 300 penyertaan melibatkan 2 kategori dan 6 sub kategori.

Saya tidak meletakkan sebarang sasaran. Ini hanyalah peluang menimba pengalaman. Melihat kreativiti dan berpeluang menemui ramai innovator memberikan semangat kepada saya untuk terus menghasilkan lagi bahan inovasi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Melihat persiapan peserta lain, sangat jauh bezanya dengan saya yang mengeluarkan dana sendiri dan cukup dengan apa yang ada. Namu ianya tidak mematahkan semangat saya. Pasukan lain yang terdiri beberapa orang manakala saya pergi seorang diri dengan membawa bahan yang dibuat sendiri dengan kos yang paling minimum

 Peserta yang ramai menyebabkan jarak antara booth sangat sempit dan tidak boleh dilalui jika ada pelawat. Saya sebagai underdog lebih gemar melawat booth booth yang lain dengan meninggalkan terus booth saya(sambil mengulat). Lagi pula saya hanya seorang. Tak perlu saya memberi penerangan kepada pelawat(hehehe)
 Saya diadili oleh 2 orang juri. Mungkin pensyarah jemputan dan berbangsa asing. Sudah pasti penerangan perlu dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana tidak menyangka berlakunya perkara ini, maka saya agak kurang bersedia dan hanya mampu memberi penerangan sekadar 30 peratus sahaja. Jadi lain kali saya perlu lebih bersedia dan ini pengalaman yang sangat berharga.


 Hasrat saya untuk berkenalan dan mencari ilmu dengan pakar-pakar disamping menimba pengalaman. Saya sangat bertuah dapat bertemu pencipta SIGAI iaitu En Itamta Harun. Pengalaman beliau sebagai Innovator telah membawa beliau sehingga ke Taiwan dan memenangi banyak anugerah seperti Anugerah Inovasi Negara

 Pengalaman pertama ini sangat berharga. Cukuplah dengan sebekas hamper dan sekeping sijil sebagai tanda permulaan. Saya berpeluang belajar banyak tip tip hebat untuk pertandingan akan datang. Mudah mudahan saya diberi peluang dan masa untuk terus mencuba.Inovasi ini akan terus disebarluaskan sebagai satu usaha membangunkan bangsa. EDU-INERI 2013-Langkah Pertama