INOVASI:-
Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem.Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
Saya bukanlah seorang yang kreatif. Semuanya sekadar suka-suka sahaja. Apabila mendapat jemputan untuk Pertandinagan International Research and Innovation in Education (EDU-INERI) UPSI, saya mula terfikir untuk menghasilkan produk inovasi. Dengan buah fikiran rakan rakan, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan Kit Sifir Ekspress.
Dengan masa yang terhad, tambahan pula dengan kursus yang banyak di hujung penggal ini, saya merekabentuk konsep ini dengan sekadar apa yang ada di tangan. Maklumlah guru biasa seperti kami bukan mudah untuk mengeluarkan belanja yang banyak. Namun bagi saya kekangan ini adalah sebahagian cabaran yang menyeronokkan.
Pertandingan yang diadakan pada 21 dan 22 September 2013 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Proton City, Tanjung Malim. Mujurlah kebetulan pada waktu itu sekolah turut mengadakan aktiviti Perkhemahan di Sg Gading. Jadi saya menumpang program tersebut untuk bermalam. (kos penginapan juga menjadi masalah pada guru biasa).
Hari pertama saya terlewat untuk pendaftaran. Mujur urusetia memaklumkan bahawa pendaftaran dibuka hingga malam. Namun saya mengambil keputusan untuk memasang peralatan keesokkan paginya kerana jarak untuk keluar dari Sg. Gading agak jauh tambahan pula jalan yang sempit dan berbatu-batu.
Ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini. Pengalaman yang kosong dengan berbekalkan semangat sahaja, saya merasa tersangat kerdil. Tambahan pula tiada kategori untuk guru dan saya terpaksa bersaing dengan Penyelidik dan Pensyarah daripada IPTA/IPTS serta Institut Perguruan. Hampir 300 penyertaan melibatkan 2 kategori dan 6 sub kategori.
Saya tidak meletakkan sebarang sasaran. Ini hanyalah peluang menimba pengalaman. Melihat kreativiti dan berpeluang menemui ramai innovator memberikan semangat kepada saya untuk terus menghasilkan lagi bahan inovasi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Melihat persiapan peserta lain, sangat jauh bezanya dengan saya yang mengeluarkan dana sendiri dan cukup dengan apa yang ada. Namu ianya tidak mematahkan semangat saya. Pasukan lain yang terdiri beberapa orang manakala saya pergi seorang diri dengan membawa bahan yang dibuat sendiri dengan kos yang paling minimum
Peserta yang ramai menyebabkan jarak antara booth sangat sempit dan tidak boleh dilalui jika ada pelawat. Saya sebagai underdog lebih gemar melawat booth booth yang lain dengan meninggalkan terus booth saya(sambil mengulat). Lagi pula saya hanya seorang. Tak perlu saya memberi penerangan kepada pelawat(hehehe)
Saya diadili oleh 2 orang juri. Mungkin pensyarah jemputan dan berbangsa asing. Sudah pasti penerangan perlu dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana tidak menyangka berlakunya perkara ini, maka saya agak kurang bersedia dan hanya mampu memberi penerangan sekadar 30 peratus sahaja. Jadi lain kali saya perlu lebih bersedia dan ini pengalaman yang sangat berharga.
Hasrat saya untuk berkenalan dan mencari ilmu dengan pakar-pakar disamping menimba pengalaman. Saya sangat bertuah dapat bertemu pencipta SIGAI iaitu En Itamta Harun. Pengalaman beliau sebagai Innovator telah membawa beliau sehingga ke Taiwan dan memenangi banyak anugerah seperti Anugerah Inovasi Negara
Pengalaman pertama ini sangat berharga. Cukuplah dengan sebekas hamper dan sekeping sijil sebagai tanda permulaan. Saya berpeluang belajar banyak tip tip hebat untuk pertandingan akan datang. Mudah mudahan saya diberi peluang dan masa untuk terus mencuba.Inovasi ini akan terus disebarluaskan sebagai satu usaha membangunkan bangsa. EDU-INERI 2013-Langkah Pertama
Hari pertama saya terlewat untuk pendaftaran. Mujur urusetia memaklumkan bahawa pendaftaran dibuka hingga malam. Namun saya mengambil keputusan untuk memasang peralatan keesokkan paginya kerana jarak untuk keluar dari Sg. Gading agak jauh tambahan pula jalan yang sempit dan berbatu-batu.
Ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini. Pengalaman yang kosong dengan berbekalkan semangat sahaja, saya merasa tersangat kerdil. Tambahan pula tiada kategori untuk guru dan saya terpaksa bersaing dengan Penyelidik dan Pensyarah daripada IPTA/IPTS serta Institut Perguruan. Hampir 300 penyertaan melibatkan 2 kategori dan 6 sub kategori.
Saya tidak meletakkan sebarang sasaran. Ini hanyalah peluang menimba pengalaman. Melihat kreativiti dan berpeluang menemui ramai innovator memberikan semangat kepada saya untuk terus menghasilkan lagi bahan inovasi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Melihat persiapan peserta lain, sangat jauh bezanya dengan saya yang mengeluarkan dana sendiri dan cukup dengan apa yang ada. Namu ianya tidak mematahkan semangat saya. Pasukan lain yang terdiri beberapa orang manakala saya pergi seorang diri dengan membawa bahan yang dibuat sendiri dengan kos yang paling minimum
Pengalaman pertama ini sangat berharga. Cukuplah dengan sebekas hamper dan sekeping sijil sebagai tanda permulaan. Saya berpeluang belajar banyak tip tip hebat untuk pertandingan akan datang. Mudah mudahan saya diberi peluang dan masa untuk terus mencuba.Inovasi ini akan terus disebarluaskan sebagai satu usaha membangunkan bangsa. EDU-INERI 2013-Langkah Pertama
No comments:
Post a Comment