Saturday, September 28, 2013

Sikap Guru Punca Pelajar Ponteng?

Riuh rendah diperkatakan. Apabila pakar pendidikan mengeluarkan kajian yang saya tidak pasti siapakah responden yang terlibat. Bukan niat saya mahu menyanggah dapatan kajian beliau. Cuma sebagai pendidik, kita wajar mencari punca permasalahn berasaskan dapatan yang konkrit. Mungkin juga media sekadar mensensasikan berita untuk melariskan cerita. Jika kesalahan berpunca daripada guru, tajuk berita akan diletakkan di muka depan dengan pelbagai tajuk yang panas.

"Guru memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini kerana secara amnya pelajar suka berada di sekolah tetapi personaliti guru yang garang, marah-marah, suka membebel dan teknik pengajaran membosankan menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah.
"Terdapat juga guru yang mengajar dengan kurang efektif kerana menganggap kerjaya perguruan hanya sebagai pilihan untuk mendapatkan pekerjaan lebih terjamin," katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terlalu bias dan berat sebelah penyataan yang dikeluarkan. Jika pelajar universiti ponteng kuliah dan tutorial, wajarkah umum menyalahkan pensayarah kerana tidak pandai mengajar? atau boleh kita mengatakan pensyarah mengajar sambil lewa sebab pekerjaan pensyarah sudah terjamin?


Beza antara pensyarah dan guru ialah pensyarah boleh mengugut pelajar supaya hadir ke kuliah jika mahu masuk peperiksaan akhir kerana terdapat ugutan jika pelajar tidak hadir kurang daripada 80 peratus maka pelajar tidak layak masuk peperiksaan akhir walaupun pengajaran pensyarah tersebut tunggang langgang dan tidak menarik langsung. Namun begitu guru hanya mampu mengeluarkan surat amaran 1,2 dan 3 jika murid ponteng. Sekiranya melebihi hari yang ditetapkan, guru tidak wajar mengambil apa jua tindakan kerana semua tindakan disiplin kerana wujud pekeliling yang tidak membenarkan tindakan tertentu. Jika pelajar terbabit diambil tindakan keras maka pihak pentadbir perlu bersedia menerima tindakan pula dari ibu bapa.

Gejala ponteng sekolah bukan perkara baru. Pelbagai kajian dilakukan untuk mencari punca yang menyebabkan gejala ini berleluasa. Meletakkan kesalahan terhadap guru adalah sesuatu yang serius. Jika ini benar maka satu rombakan besar perlu dilakukan terhadap bidang perguruan, Tuduhan ini bukan main-main. Ia menjejaskan kredibiliti guru yang kini menjadi bahan sindiran masyarakat. Saya mengambil satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Malaysia yang boleh anda baca di link berikut


Saya tidak mengatakan kajian UTM ini lebih baik. Tetapi berdasarkan dapatan kajian tersebut anda boleh melihat dengan jelas faktor faktor yang paling mempengaruhi gejala ponteng adalah SIKAP pelajar itu sendiri.Sebagus mana guru mengajar tahap dewata ataupun pendeta, jika pelajar mahu ponteng...mereka tetap mencari alasan. Pelajar sekarang bukan seperti dulu. Mereka sangat kreatif.  Usah terlalu skeptikal. Adakah para penyelidik ini turun ke lapangan sehingga ke rumah pelajar dan mencari punca ponteng? adaklah responden ini terdiri daripada pelajar yang melepak di pasaraya ataupun pengisian soal selidik dilakukan di tempat pelajar melepak ketika ponteng? kalau sekadar mengambil jalan mudah dengan turun ke sekolah dan menganggu waktu belajar mereka dengan mengisi borang soal selidik, ianya sangat tidak praktikal..

Dalam kajian UTM, hanya 6.4 peratus responden sangat bersetuju mereka ponteng kerana mengelakkan guru yang garang malah hampir 30 peratus tidak bersetuju. 

Personaliti atau sikap guru dikenal pasti sebagai faktor terpenting dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah, menurut kajian yang dijalankan Universiti Malaya (UM) dan Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Warga guru mahukan bukti yang jelas tentang perkara ini. Meletakkan beban terhadap guru yang sedia terbeban bukan faktor penyelesaian yang konkrit. Para penyelidik perlu melihat semua bentuk faktor yang ada. Bukan hanya mahu kajian anda terlalu sensasi agar terbit di akhbar utama dan menaikkan nama penyelidik. Kos penyelidikan yang menggunakan duit rakyat perlu jelas dan menghasilkan solusi.

Jelas sekali kita mengambil jalan mudah menuding jari. Adakah kajian kajian begini yang menyebabkan ranking universiti kita jauh terperosok? Tunggu pula siapa lagi yang hendak disalahkan.


No comments:

Post a Comment