Monday, May 28, 2012

Anugerah Kepimpinan Guru Inovatif 2012 Wilayah Persekutuan


PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.
Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.


Syukur alhamdulillah di atas rezeki yang tidak disangka sangka. Pada 24 Mei yang lalu saya telah menerima Anugerah Kepimpinan Guru Inovatif 2012 diatas inovasi "Kotak Darab ROCO". Saya langsung tidak berharap apa apa kerana target saya diperingkat kebangsaan gagal mencapai matlamat kerana kekurangan persediaan. Harapan saya untuk menang peringkat kebangsaan gagal kerana penyeliaan dilakukan selepas saja cuti sekolah dan saya tidak mampu menyediakan dokumentasi yang mencukupi. Namun begitu anugerah ini sangat bermakna memandangkan usia perkhidmatan saya baru menjangkau tahun yang keempat.
Hadiah ini merupakan pembakar semangat saya untuk terus berbakti kepada anak bangsa. Hadiah ini bukan bermakna saya harus meninggi diri kerana ianya hanya sekeping sijil dan title. Bagi sesetengah individu ianya langsung tidak bermakna apa apa. Walaupun hadiahnya cuma sebuah trofi dan sekeping cek bernilai beberapa ratus....berbanding hadiah program realiti yang mencecah ratusan ribu...ianya bukan bermakna usaha tidak perlu digembelengkan. Untuk mematikan anak bangsa mendapat didikan yang berkualiti, guru harus meneroka setiap peluang dan aspek yang ada.
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

No comments:

Post a Comment