Tuesday, December 20, 2011

Mendorong Pelajar Corot



Setelah sekian lama kita didedahkan dengan aplikasi dan teori barat tentang bagaimana mendidik manusia, namun kita terlupa bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah lama menunjukkan jalan bagaimana harus kita menggunakan pendekatan dakwah yang lebih berkesan. Sabda Rasulullah SAW


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)


 Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akansesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).
Ketika hadir ke Kursus Mendorong Pelajar Corot anjuran PTS Consultant pada 17 Disember lalu di Hotel De Palma Ampang, peserta didedahkan dengan 13 hadis Nabi yang memperlihatkan akhlak Rasul SAW dalam mendidik manusia dengan penuh bijaksana. Jelas sekali bahawa apa yang selama ini diamalkan oleh kita jelas tidak mengikut saranan yang ditunjukkan oleh baginda.
Sebagai manusia kita sentiasa dipengaruhi oleh emosi. Di dalam sebuah organisasi sekolah, bukan semua murid dilahirkan bijak pandai. Ada murid yang mempunyai masalah psikologi dan dipengaruhi oleh persekitaran yang tidak memihak. sebagai contoh saya berpeluang mengajar di kelas corot yang mana muridnya terdiri daripada pelbagai kaum dan mengandungi murid 'slow learner' yang masih tidak mahir membaca walaupun berusia 11 tahun. Namun begitu murid murid ini sebenarnya mempunyai potensi yang besar. Pihak organisasi hendak tidak hendak terpaksa meletakkan mereka di dalam kelas terakhir agar perjalanan akademik sekolah dapat berjalan lancar demi kepentingan semua pihak. Justeru adakalanya kita tidak memberi harapan langsung kepada mereka. Murid yang mempunyai masalah dan duduk di kelas corot amat berbeza dengan murid normal tetapi turut berada dikelas corot. Namun begitu guru juga sebagai manusia biasa dan sering dipengaruhi oleh emosi cuba sedaya upaya agar dapat membantu mereka dengan akedah paling terbaik.
Perbezaan Murid Bijak Corot dengan Murid Corot di kelas tercorot.
Adakalanya murid yang bijak terpaksa berada di kelas corot disebabkan pelbagai faktor antaranya lebihan pelajar dan juga faktor faktor semasa. Ini bukan bermakna mereka tidak mempunyai sebarang harapan. Saya bersetuju adakalanya guru tidak berperanan menaikkan self esteem murid dan menyebabkan mereka putus harapan. Murid corot di kelas tercorot terpaksa menghuni kelas paling belakang disebabkan keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan. Murid ini yang lemah dari sudut 3M bukan dibiarkan terus oleh guru. Pihak sekolah memastikan mereka dibantu menerusi kelas pemulihan dan juga pelbagai teknik untuk memastikan objektif pendidikan negara tercapai iaitu murid menguasai kemahiran 3M(menulis,membaca,mengira). 
Entri ini saya khususkan untuk merujuk penyelidikan yang djalankan oleh Tim Psikologi Hadith dan mudah mudahan dapat diajdikan panduan untuk guru mendidik murid.
Bila kita berhadapan dengan murid yang rosak akhlak, apakah yang sebenarnya kita lakukan?. Bayangkan anda berhadapan dengan murid yang sentiasa membuat onar di sekolah seperti samseng,merokok,membuli dan pelbagai lagi kes berat. Bagi guru lelaki yang bukan kaunselor seperti saya, pernah juga kita mengambil tindakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Selalunya kaedah kekerasan ini sangat berhasil(tetapi pada masa yang sama mengundang perilaku yang lebih negatif).Kesudahannya kita dapat mengawal mereka di sekolah(baca:bukan merubah terus mereka) walaupun mereka menyimpan perasaan benci yang amat sangat. Murid sekarang sangat pandai mencari jalan melepaskan diri. Beberapa kes yang kami selesaikan menggunakan kaedah ugutan ternyata dapat membongkar modus operandi kumpulan murid ini. Tetapi saya akui murid tersebut hanya tidak melakukan kesalahan di hadapan kami sahaja tetapi tetap tidak berubah bila kami tiada..


Justeru kita lihat bagaimana caranya Nabi Muhammad mendidik remaja yang rosak akhlaknya.
sumber:http://hadithpsikologi.blogspot.com/
Teknik Nabi Muhammad Melayan Remaja yang Rosak AkhlakMasalah remaja rosak akhlak adalah masalah sepanjang zaman. Ini bukan masalah masa ini sahaja.
Dalam rekod sejarah ada catatan yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad melayan remaja yang rosak akhlak. Di bawah ini adalah salah satu catatan seperti itu: 

Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahu.” Saidina Umar memarahi remaja itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata Saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian pemuda itu pergi dari situ. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggilnya supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada remaja itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.”

 - Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud.
Dalam peristiwa di atas beberapa prinsip yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad: 

1. Tidak mengucapkan kata-kata yang menyebabkan remaja itu berasa malu.
2. Tidak menyebabkan remaja itu berasa dirinya seorang yang kotor dan hina.
          3. Tidak memarahi remaja itu.
4. Tidak mengutuk, mengecam dan mengkritik sikapnya. 
5. Tidak menyalahkan sesiapa 
.6. Tidak cuba mencari punca kerosakan akhlak itu. 
7. Tidak menasihatinya. 
8. Tidak membodoh-bodohkannya.

Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad hanya membacanya ayat Quran yang kandungannya menerangkan cara-cara membersihkan diri daripada dosa.
Cara bagaimana Nabi Muhammad melayan remaja yang rosak akhlak itu sangat berbeza dengan cara yang lazimnya kita gunakan.
 Kita sebagai manusia biasa tentu akan mengambil tindakan drastik apabila menghadapi situasi ini. Jalan mudah ialah mendenda,memanggil ibu bapa atau mengenakan hukuman berdasarkan buku peraturan sekolah. Namun Nabi tidak menggunakan emosi beliau dalam membentuk akhlak manusia. Apa yang anda akan lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi ini?....(bersambung)

Monday, December 19, 2011

Tahniah Perlantikan Setpol Baru Menteri Pelajaran

Kami warga guru ingin merakamkan setinggi tahniah kepada Mohd Nardin Bin Awang diatas perlantikan sebagai Setiausaha Politik Menteri Pelajaran. Beliau merupakan bekas Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) merupakan individu yang komited,strategis dan mempunyai pengalaman serta pengamatan yang luas. Kami juga berharap perlantikan beliau akan memberi manfaat yang besar kepada seluruh warga kementerian.Syabas dan Tahniah.


Tiga setiausaha politik angkat sumpah

2011/12/20
PUTRAJAYA: Tiga Setiausaha Politik baru mengangkat sumpah menyimpan rahsia, di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. 
Mereka ialah Wong Nai Chee, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri; Mohd Nardin Awang, Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran; dan Seah Toong Choon, Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan.


Nai Chee, 42, yang memiliki ijazah undang-undang dari Universiti Hull, United Kingdom adalah Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA.


Tugas barunya itu berkuat kuasa 1 Disember lalu. 



Mohd Nardin, 48, pula yang berkelulusan dari Universiti Teknologi Mara memulakan tugas itu sejak 3 Oktober lalu. 



Beliau sebelum ini adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 



Seah, 55, memulakan tugas barunya pada 1 Julai lalu. 
Beliau sebelum ini turut berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Kong Choo Ha ketika Kong menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 
- BERNAMA 



Saturday, December 17, 2011

SBPA:Analisis kaca mata sendiri

Sehari dua ini heboh seantero Malaya berkenaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bakal menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) bermula januari depan. Aku nak ambil pot juga dalam membicarakan soal ini atas dasar kepentingan awam. Aku cuba memamahami dan menganalisis secara mudah mengikut kefahaman aku sebagai penjawat awam yang mengambil jurusan Pengurusan Sumber Manusia. Walaupun aku bukan penerima sijil dekan mahupun mendapat ijazah kelas pertama…aku cuba menggunakan hipotesis secara mudah supaya aku dan penjawat awam faham apa sebenarnya SBPA. Namun begitu aku cuba sedaya upaya disebabkan banyak versi SBPA ini mengikut kepala otak masing masing. Jadi mengikut pemahaman aku yang dangkal ini, SBPA adalah satu langkah transformasi perkhidmatan awam . Walaupun aku Cuma sempat sekejap dalam SSM…tak pernah langsung merasa SSB…aku Cuma pernah buat tugasan semasa belajar dulu berkenaan SSB-SSM. Posting ini khusus untuk membicarakan SBPA bagi Perkhidmatan Pendidikan.Maaf kepada penjawat awam lain kerana nak memahami bahasa pekeliling ini seperti juga laras bahasa akademik yang lain..berpinau bijik mata dan hampir muntah hijau…. SBPA Pendidikan ini ialah perubahan sistem skim perkhidmatan iaitu berkaitan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), Perkhidmatan Awam Persekutuan yang melibatkan struktur perkhidmatan merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan. Bila bercakap tentang skim..orang akan fikir tentang ganjaran iaitu gaji.Siapa yang tak mahu duit beb…tapi harus diingat…gaji itu hanya sebahagaian..banyak lagi yang perlu diambil kira iaitu kenaikan pangkat, kemudahan,penambahbaikan perkhidmatan. Kerajaan mengambil kira semua faktor termasuk kemampuan kerajaan untuk membayar gaji. Nak ke kerajaan berjanji bukan bukan tapi nanti bila cukup bulan duit gaji tak dibayar sebab tak mampu…so kena fikir semua sudut….ini kira kerajaan baik hati nak buat transformasi…kalau dikekalkan SSM pun ada kerajaan kesah?...so bersyukur beb dengan segala rezeki dan rahmat Allah. Kalau mengikut lecturer aku dulu Ab. Aziz Yusof(aku anggap sifu dalam Penilaian Prestasi sebab kalau nak lulus kelas dia mesti beli buku yang dia tulis sebab semuanya ada dalam tu)…sumber manusia ni bukan setakat gaji tapi beberapa isu berbangkit sedia ada yang berhubung kait pengurusan sumber manusia dalam organisasi. Isu isu tersebut merangkumi; (i) Persekitaran pengurusan sumber manusia yang mencakupi pengaruh diversiti, kekurangan tenaga kerja mahir, impak globalisasi, pengaruh perubahan, keprihatinan terhadap isu etika, keadilan pekerja; (ii) persekitaran perundangan; (iii) perekrutan dan pemilihan pekerja; (iv) latihan dan pembangunan pekerja (v) pembangunan kerjaya pekerja; (vi) penilaian prestasi; (vii) pengurusan pampasan dan faedah; (viii) kesihatan dan keselamatan pekerja; (ix) keganasan di tempat kerja; (x) gangguan seksual di tempat kerja; (xi) etika; (xii) persaraan pekerja; dan (xiii) sistem maklumat. Dalam konteks persekitaran global masa kini, isu-isu semasa yang berbangkit berhubung kait pengurusan sumber manusia pula termasuklah; (i) pengaruh faktor persekitaran seperti perubahan teknologi dan trend pekerjaan; (ii) keperluan kepada penggubalan serta pindaan undang-undang dan peraturan kerajaan yang relevan; (iii) pengaruh globalisasi; dan (iv) kemasukan buruh asing. Banyak beb JPA nak kena fikir……

. STRUKTUR PERKHIDMATAN
 Dalam SBPA struktur perkhidmatan pendidikan terbahagi kepada empat iaitu Kumpulan Premier(Ketua Pengarah Pelajaran),Kumpulan pengurusan Tertinggi(Jawatan Utama dan Gred Khas),Kumpulan pengurusan Profesional dan Kumpulan Pelaksana…Jadi cikgu cikgu termasuk dalam kumpulan pengurusan professional iaitu terbahagi kepada Gred 1 bagi Ijazah dan gred 2 bagi Diploma.

KELAYAKAN MINIMUM     SSM         SBPA             TAHAP
IJAZAH
                                                 DG54         DG1-6          GURU WIBAWA
                                                 DG52         DG1-5          GURU KANAN
                                                 DG48         DG1-4          GURU KANAN
                                                 DG44         DG1-2          PPPS
                                                 DG41         DG 1-1         PPPS
DIPLOMA
                                                 DGA38      DG 2-5        GB CEMERLANG/GK
                                                 DGA34      DG 2-3       GB/GURU KANAN
                                                 DGA32      DG 2-2       PPLD/PK/GURU BIASA
                                                 DGA29     DG 2-1        PPLD/GURU BIASA 

*PENDETA GURU IALAH JAWATAN BAGI GRED KHAS-KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI.

Nampak tak jadual di atas? Yang bercita cita jadi pendeta guru kena berfikir dua kali sempat ke tidak.Mengikut kiraan matematik tahap satu,saya tempoh time based ialah 8 tahun bagi Dg1-1 ke DG1-2 8 tahun dari DG1-2 ke DG1-4,DG1-4 ke DG1-5(6 Tahun) manakala DG 1-5 ke 1-6 mengambil masa 3 tahun=Jumlah 25 Tahun servis untuk menjadi guru wibawa….kalau saya yang masuk servis pun dah 30-an maka saya mampu menjadi guru wibawa pada umur 54 tahun…atau Pendeta Guru bila berumur 58 tahun..(itu pun kalau tidak ambil opsyen exit policy).Maknanya berbanding SSM yang hanya mampu saya cecah ke DG52..SBPA membuka jalan yang agak luas kepada guru guru untuk ke Peringkat Pengurusan Tertinggi kalau ada rezeki.Jadi masih sempat menyimpan janggut panjang dan membawa tongkat untuk jadi pendeta guru.

KENAIKAN GAJI SEBARIS

 Isu ini yang menjadi perbualan hangat penjawat awam.Ada yang sampai menghempuk meja bila bercakap soal kenaikan gaji walaupun prestasi tidak seberapa. Tetapi saya masih belum dapat jadual yang paling sahih yang dikeluarkan oleh JPA sebab termasuk dalam lampiran C iaitu sulit.Katanya tidak boleh didedahkan kepada umum supaya peniaga tidak menaikkan harga barangan dan harga ayam serta sayur sawi akan meningkat sekali ganda.Tetapi pelbagai versi yang keluar dengan ada yang berkira kira nak keluar wish,vios dan sebagainya.Ada juga yang berangan nak tambah sofa baru dan tak terkecuali yang nak tambah isteri baru.pelbagai sifir digunakan dan saya tak tahu kaedah apa digunakan..nak kata Mokhdar..sifir 2x5 pun ada juga.Yang paling hampir ialah Pemindahan gaji kena ingat bukan yang berada di tangga gaji sekarang terus pergi ke tangga gaji baru yang sama tetapi pemindahan gaji ialah naik satu tangga gaji baru pada 2012 bagi SSM dan dipindahkan kepada mata gaji yang paling hampir pada SBPA.Contohnya pada tangga gaji saya ialah DG41 P1T6 iaitu RM 2148.10 maka gred saya akan berpindah ke DG1-1 T3 iaitu RM2385.Kenaikan RM236.90.Ramai yang salah faham kenaikan T6 ke T6 juga iaitu RM3075(beza RM927)..lumayan kalau betul beb. Dari sudut positif tiada lagi penjawat awam yang gajinya terhantuk di dinding dan tidak bergerak sampai pencen. Ini antara polisi terbaru kerajaan dalam membantu Penjawat Awam.Bagi aku kalau nak mengira tak puas hati, gaji enam juta sebulan pun manusia takkan berpuas hati….. Exit Policy Ini yang menjadi ketidakpuasan hati termasuk union.pemahaman saya ialah exit policy ialah jalan keluar kepada penjawat awam yang tidak kompetens iaitu penilaian SKT di bawah 70% serta ketidakupayaan menjalankan tugas. Persoalan yang bermain dibenak saya ialah bagaimana penjawat awam yang berumur 40 tahu ditakdirkan lumpuh akibat strok?adakah beliau akan dikekalkan dalam perkhidmatan atau akan dikenakan exit policy? Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.(para 91)

Penilaian Prestasi PTK akan diubah kepada PROSPEK(tak tahu bagaimana bentuknya lagi).Prospek ini ada 2 iaitu penilaian Kompetensi dan Potensi(PKP) dan Pembangunan Kompetensi dan Potensi.PPP gred 1-1 hingga 1-5 yang terlibat dalam pengurusan pentadbiran dan penyeliaan perlu menghadapi kedua dua PKP dan BKP manakala yang tidak terlibat dengan pengurusan pentadbiran dan gred 2-1 hingga 2-2 hanya perlu PKP sahaja bagi urusan kenaikan pangkat. Bagi penjawat awam yang baru dilantik..mereka perlu menghadiri Prongran Transformasi Minda bagi pengesahan Jawatan..(ala ala KISSM gitu ke?) Sistem penilaian prestasi baru yang lebih menyeluruh diperkenalkan meliputi penggunaan kaedah pelbagai penilai (multi-rater), KPI dan LNPT yang ditambah baik.Sistem penilaian prestasi baru ini lebih inklusif, adil dan telus selaras dengan keperluan 21 perkhidmatan dan mengandungi elemen baru kompetensi seperti idea inovatif dan kreatif serta sumbangan aktif pegawai di luar tugas rasmi.(para 89) 

KENAIKAN GAJI TAHUNAN 

Melebihi sasaran signifikan 15% melebihi sasaran 8% menepati sasaran 5%.Tidak menepati sasaran tiada kenaikan gaji. Petikan daripada pandangan beberapa pihak
Syed Abdullah Jamalullail
 Pada keseluruhannya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi citarasa semua warga penjawat awam seramai 1.4 juta..Sudah tentu mereka ini akan menerimanya dengan ikhlas hati tetapi yang menjadi pertikaian dan rasa tidak puas hati diantara kalangan penjawat awam ialah kaeadah cara permarkahan yang dikenakan bagi setiap kakitangan yang sudah tentu dinilaikan olih Ketua Jabatan masing-masing. Markah penilaian yang dimaksudkan adalah saperti berikut: Mungkin ianya kurang tepat sebelum keluarnya pekeliling dan surat tawaran itu. a) 95% keatas mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 15% daripada gaji pokok b) 85% hingga 95% mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 8% c) 75% tiada kenaikan gaji d) Dan dibawah daripada 70% disyorkan berhenti Adalah sesuatu yang janggal apabila tidak bernasib baik jika sekiranya mendapat ketua Jabatan atau Ketua Unit yang cengeh (bengkeng) dan yang tidak ada timbang rasa kerana ianya selalu berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah penjawat awam bawahan.Mana tidaknya ada diantara bos yang 'kedekut' untuk memberikan markah dan tidak kurang juga yang mempunyai sikap pilih kasih serta yang paling kakitangan awam risau sekali ialah adanya diskriminasi terhadap kakitangannya sendiri. Diharap pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kaji semula kaedah kenaikan gaji tahunan ini agar ianya lebih berlaku adil kepada semua penjawat awam. Dicadangkan supaya jika sekiranya hendak dilaksanakan juga sistem kenaikan gaji mengikut SBPA ini pertama sekali hendaklah pastikan ketua Jabatan yang 'menahan' kenaikan gaji atau memberikan arahan memberhentikan kerja kakitangan bawahannya itu memberikan tunjuk sebab dan dibawa ke Jemaah Penilaian yang terdiri daripada pegawai-Pegawai JPA untuk dipertimbangkan seadil-adilnya dan bukan dari kalangan Penilai daripada Jabatan itu sendiri supaya lebih telus dan adil. Sebagai contoh di jabatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa autonominya tersendiri di mana mudah bagi pengurusan menaikkan gaji dengan prestasi yang cemerlang di kalangan mereka sesama sendiri dimana difahamkan selalunya mempunyai kakitangan yang ada hubungkaitnya dengan talian persaudaraan masing-masing terutama sekali bila adanya saudara mara bos bekerja disitu. Wallahhualam.. 

 ELAUN DAN IMBUHAN 
Prinsip, kadar dan syarat-syarat bayaran Imbuhan Tetap yang berkuat kuasa dikekalkan di bawah SBPA.P(para 77) 

UMUR PERSARAAN PAKSA 60 TAHUN 

Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012, umur persaraan paksa adalah 60 tahun. Bagi pegawai yang kini tertakluk kepada umur persaraan paksa 55 tahun, 56tahun atau 58 tahun, pegawai akan ditawar opsyen melanjutkan perkhidmatan sehingga umur persaraan paksa 60 tahun. Borang opsyen pelanjutan umur persaraan paksa 60 tahun seperti

PENOLAKAN OPSYEN SBPA 

Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan asal serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.

 Justeru ini hanyalah analisis dangkal aku sahaja.Sebarang kepastian harus dirujuk kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam selaku pihak yang lebih kompeten dalam melakukan penerangan berkenaan SBPA. Mahu tidak mahu kita sebagai penjawat awam harus menerima apa sahaja keputusan pihak yang berautoriti dan kita harap pihak Cuepacs dan NUTP dapat membantu mencari jalan penyelesaian terbaik mengikut kaedah win-win situation. Kami Yang menurut perintah sentiasa akur demi kebaikan semua pihak serta menjunjug di atas batu jemala agar perkhidmatan yang kita berikan akan member kebaikan kepada rakyat jelata demi amanah yang kita pikul ini. Sekian dengan ini saya mohon mencadangkan……

Tuesday, November 22, 2011

Tolong lah faham tugas guru dan jangan dengki


Sebab tension mengajar,cikgu shida buat video di youtube dan dah jadi artis

Ramai memperkata tentang tugas guru. Sementelah selepas Bajet 2012 memberikan beberapa inisiatif terhadap guru, maka terpekik terlolong beberapa golongan yang mempersoalkan kelebihan tersebut. Aku yakin kerajaan telah mengambil berat terhadap guru sebagai penjawat awam paling ramai.Setelah berbelas tahun tidak disemak, maka kerajaan telah bermurah hati memberi beberapa ganjaran kepada guru.Terima kasih terhadap Kerajaan,Kementerian Pelajaran,NUTP,Cuepecs dan semua pihak yang prihatin…kami akan memartabatkan profesion ini,menjadi lebih inovatif demi bangsa…
Kadang kadang aku malas nak komen sangat. Tetapi dari sudut perbincangan ilmiah, mari kita tengok apa perspektif masyarakat terhadap guru di Malaysia
1. Gaji Mahal-Ramai menjangka guru mendapat gaji lumayan. Bagi aku..syukur kepada yang esa kerana keringat belajar di IPTA berbalas juga walaupun aku masih menanggung hutang PTPTN .Gaji basic bagi Guru siswazah bermula pada P1T4 iaitu RM1901.63.Setahun sekali naik RM90.Sekarang kerajaan dah up RM160 mula tahun depan. Maknanya pendapatan tahunan aku ialah RM22,819.56 tidak termasuk elaun. Cukuplah untuk hidup menyara isteri dan 3 anak di Kotaraya KL ini. Namun aku masih dibawah tahap miskin Bandar dan tak layak bayar cukai lagi.Di Singapura gaji guru Ijazah sebulan ialah $2,770,pass with merit $2,900,pas with Honors $3,100-3,250.Di UK (England dan Wales) gaji tahunan guru ialah 31,552 pound setahun. Di US gaji guru paling rendah ialah di South Dakota iaitu USD34,040 setahun manakala paling tinggi USD58,456 di District of Columbia.http://certificationmap.com/teacher-salaries/. Di Brunei gaji paling murah ialah B42,000 setahun.(kalau nak compare dengan tempat lain…kan kita selalu compare). Dengan pendapatan banyak tu bolehlah aku menarik nafas walaupun kalau tolak sewa rumah,duit kereta,hutang bank tinggal beberapa sen saja.Kami bersyukur di atas segala rezeki yang Allah berikan sebagai Guru Siswazah DG41..Ijazah dengan kepujian yuran belajar hutang PTPTN.

2. Kerja senang cuti banyak- statement ini aku malas nak ulas panjang. Apa yang umum kena tahu ialah tugas guru bukan setakat di sekolah. Ya aku masuk sekolah 7.20 pagi dan balik pukul 1.00 petang.Tapi realitinya ialah guru masih perlu ke sekolah untuk buat kelas tambahan,ajar budak sukan,latihan bola,kokurikulum ajar budak kawad dan berpersatuan. Cuti sekolah boleh dipanggil bertugas pada bila bila masa. Kena pergi kursus dan pelbagai lagi yang akan aku ulas dalam senarai tugas guru. Mengajar 30-40 manusia tak sama dengan mengendalikan mesin atau jualan barang. Emosi perlu stabil..emosi dan tingkahlaku 30-40 orang pada satu masa lagi mecabar.Itu baru satu kelas. Paling sikit guru akan mengajar 3 kelas.Itu belum masuk budak hiper,slow learner,budak taiko dan pelbagai lagi. Kalau mental tak kuat …itu yang asyik masuk surat khabar guru tampar budak,budak tampar guru,guru besar tampar tukang kebun dan sebagainya.

3. Guru tak mengajar pun lepak saja-Memang tak sedap mulut sapa buat statement nih. Tak payah nak cari salah orang walaupun aku akui ada juga guru yang buat hal.Mau compare?...berapa banyak pekerja lain yang masuk punch pukul lapan,keluar minum sampai pukul 9,keluar pulak pukul 10.30..minum lagi,pukul 12.30 keluar makan tengahari..masuk pukul 2.45..bukak fb,main solitaire pastu balik pukul 4.30 petang..cuba kira berapa jam diorang kerja?itu pun nak suruh cikgu kerja 9 jam ka…kalau kerja swasta aku taknak komen lah sebab gaji mahal so kerja kena lebih la..bonus tahunan ada yang cecah 12 bulan gaji..ada inisiatif..masuk hospital,klinik swasta kompeni bayar..kenapa yang swasta pun kecoh suruh kerajaan naik gaji?mintak la dengan kompeni korang..lepas tu dengki lak kata cikgu tak mengajar..apa kes bro.

4. Kenaikan pangkat-Umum kena faham yang guru ni skim time based.Kalau terer tahap gaban sekalipun,degree first class honor cecah 3.98 pun kena tunggu 10 tahun baru naik gred.Bukan naik pangkat.Tetap jadi cikgu dan mengajar macam biasa kecuali yang jadi Penolong Kanan atau Guru Besar.Itu pun elaun diorang baru berapa ringgit saja.Kerja makin bertambah,masalah kena setel.Kena pulak sekarang kami guru siswazah tidak layak menjadi pentadbir(Penolong kanan dan Guru Besar sebab skim perkhidmatan berbeza).Kalau sekolah menengah berbeza sikit. Bila kerajaan kurangkan kepada 8 tahun…habis meroyan semua.Aku memerlukan 16 tahun untuk naik gred DG48 sedangkan member aku kerja dengan GLC baru 3 tahun dah naik DG48. Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) ada yang ambil masa 8 tahun saja naik ke DG48 bergelar Timbalan Ketua Pengarah Kementerian.Kalaupun 16 tahun lagi aku naik 48,aku tetap cikgu biasa saja…tak ada kereta kompeni..tak ada bilik aircond,duduk dalam bilik guru sumbat-sumbat jugak….nak pembantu khas atau steno?jangan haraplah.habis sangat orang panggil cikgu atau tuan haji(kalau pegi mekah)…tak ada orang nak panggil tuan ka..Dato’?mimpi siang hari la…kalau dapat cucu lain kira la. Ramai kawan kawan yang sambung master tapi tiada sebarang peningkatan dalam perkhidmatan..hanya peningkatan ilmu sahaja…belajar sambung master duit sendiri bukan kompeni atau jabatan tanggung tau.

5. Elaun-Elaun cikgu hanya ada COLA,ITKP,dan elaun rumah sahaja.yang ini penjawat awam lain semua dapat jugak.Elaun perjalanan paling terik RM0.50 sekilometer.Tapi kena klaim teksi walaupun naik kereta sendiri.Bolehlah RM100 lebih kalau pergi kursus.setakat KL-Putrajaya RM50 kira terik dah tu…minyak RM30,tol RM8 kalau ikut Maju Expreesway…Baki RM12 bolehlah buat makan nasi tengahari…pakai duit sendiri dulu tau sebab klaim ni 2-3 bulan baru dapat.Mau pulak hujung bulan pergi kursus…pecah tabung anak la jawapnya.Lojing selalu tak dapat.Nak seluruh aku selongkar elaun pegawai lain?..klaim elaun seorang tok penghulu sebulan pun lebih dari gaji basic….apatah lagi yang berjawatan penolong pengarah(sama level dengan aku PPPS DG41) dekat jabatan.Bukan nak cari salah tapi masing masing kena faham la.

6. Kerajaan buat kuarters tapi cikgu berlagak tak nak duduk-Abang….cakap siang pandang pandang la…Kalau mengajar dekat Kuala Nerang..sewa rumah baru RM200..tu rumah taman semi detached…pagar keliling boleh parking depan rumah.petang boleh bercucuk tanam ada tanah lapang…sapa yang nak duduk tingkat 4 naik tangga(lif mana ada)..lepas tu kena potong plak elaun rumah dengan COLA separuh…hampir RM400…akai ada ka.Bukan cikgu saja….amah pun takmau duduk.Nak buat macam mana kalau kuarters semak samun jadi sarang penagih sebab logiknya tidak ekonomik.lain halnya kalau di KL.Berebut.Aku mohon pun kena beratur panjang.Perlu diingat ianya bukan kuarters guru tapi kuarters Institusi Pendidikan…cikgu hanya layak duduk tinggat 3 keatas…tingkat bawah walaupun kosong dah ada orang booking…kena faham. Jadi guru siswazah macam aku hanya layak duduk rumah flet sewa dekat RM600 sebulan.Dua bilik besar sarang burung merpati.Bercampur dengan pelbagai warga dan parking kereta bersimpang siur kadang lewat pergi sekolah sebab kena block…nak duduk rumah teres..lagi 16 tahun kut baru mampu bila dah DG48.

7. Cikgu gila kuasa asyik nak sepak budak-Cikgu bukan menghukum tak tentu pasal.Kalau sayang anak aku sarankan mak bapak datang sekolah dan duduk dalam kelas sampai balik.Cikgu tak kisah punya.For sure anak mereka akan jadi alim.Tak dinafikan ada juga cikgu yang baran tak kena gaya.nak tampar jangan tampar kat muka…tapi aku pernah kena tampar dengan ustaz dulu masa sekolah…tercabut spek mata aku..tapi sebab tu la aku Berjaya menjadi orang…sampai sekarang aku tak mengalami gegaran otak ka,biul ka…dapat masuk u jugak.Tapi kalau aku bagitahu mak aku masa tu..for sure aku kena makan penampar lagi sekali sebab nakal. Aku pun marah kalau ada orang tampar budak sampai pecah gegendang telinga..itu seksa bukan menghukum…kebanyakkan kes yang keluar dalam paper sebab salah faham.Mak bapak tak rujuk sekolah dan berbincang dah.mak bapak educated katakan. Anak dia semua betul..malaikat.Saya tak pernah jentik pun anak saya…nak jentik macam mana kalau anak keluar pergi sekolah mak bapak belum bangun…anak dah masuk tido mak bapak baru sampai.Cikgu merangkap bibik ni la yang kena mengatasi masalah kenakalan anak mereka.Mau berjumpa pulak kawan kawan yang senakal…kita faham budak budak..tapi mak bapak kena ingat yang bebudak sekarang generasi Y…ada ambik kisah anak anak berkawan dengan siapa,pergi mana,buat apa…dekat rumah memang la warak…kat sekolah taiko,kaki pukul….cikgu..mamat pukul saya,cikgu mamat ludah saya,cikgu mamat kentut dekat muka saya…ni yang cikgu hadapi di sekolah…sekali sekala boleh lah guna kaedah psikologi,guna kaedah Abraham maslow ka,teori kognitif ka teori klasik ka…mau hari hari buat masalah..kekadang cikgu hilang kesabaran…bila mata dah kelam tak sedar yang tangan dah naik…astaghfirullah hal azim….tapi ini lah yang cikgu hadapi…sebab tu cikgu selalu ambil wuduk…nak redakan kemarahan…nak rotan tak boleh,nak jentik kang masuk paper…silap tampar naik court terpaksa miss gaji sebulan nak bayar lawyer…biarkan karang anak bangsa ku pulak yang rosak…so nak buat macam mana bhai?

8. Cikgu tak pernah beri kerja rumah pun-Tak dinafikan bebudak sekarang sangat kreatif..apatah lagi mencipta alasan.Kalau buku tak bawak ada saja alas an..ada budak yang setahun tak ada buku tulis…cikgu pun bagi duit beli..lusa dah tak ada…buku teks free…tak pernah bawak juga..buku kerja?lagi lah.Budak baik ni ramai.Syukurnya kalau dapat kelas bebudak yang baik nih…kurang masalah…tapi jangan main..cikgu pernah disoal oleh bebudak umo 11 tahun kelas pandai…cikgu..apa kelayakan cikgu mengajar kami?mau bersirap darah naik muka…Bagi kerja tak buat.Mak bapak sila jangan percaya kalau anak kata tak ada kerja rumah..better check buku anak anak…cetak soalan bagi masa cuti sekolah sebab taknak bagi budak salin…buka sekolah kertas soalan dah jadi bungkus belacan..satu pun tak buat dengan alasan balik kampong..adussss anak sapa la tu. Kalau budak tak buat kerja rumah cikgu tak boleh buat apa…nak rotan tak ada hak,nak tampar kang pecah gegendang,otak bergegar,suruh ketuk ketampi..tak boleh kang rosak buah pinggang..jalan itik tak boleh nanti saraf tunjang putus..suruh lari padang..anak mengah…suruh kutip sampah..apa cikgu ingat anak saya tukang kebun ker…abih nak buat apa?..ok murid..siapa yang tak buat kerja sila buat sekarang yer…hm habis satu masa melayan budak yang tak buat kerja…silibus tak habis cikgu yang tak pandai…budak mula kata takper kalau tak buat pun..nanti cikgu suruh buat dalam kelas..so bila balik rumah..anak jawab cikgu tak bagi kerja….(bersambung)

HAC dan keputusan UPSR yang Mengkagumkan


Warga SKDK yang komited.prihatin.terbaeek.....speechless


Awas! Entri ini tidak menggunakan Bahasa melayu Tinggi(BMT)

Hari Anugerah Cemerlang (HAC) merupakan acara wajib bagi guru,murid dan sekolah.Ianya sangat bermakna walaupun sekecil kecil majlis sehinggalah secara besar besaran.pelbagai nama diletakkan..dari majlis graduasi,hari anugerah,hari penyampaian hadiah dan apa saja namanya...matlamatnya sangat jelas...memberi pengiktirafan kepada murid yang berjaya. Bukan nilai hadiah menjadi ukuran tetapi motivasi dan ganjaran sangat perlu di dalam proses penambahbaikan pembelajaran dan pengajaran.


HAC sudah berlalu...dan kemudian disusuli dengan cuti panjang...yang bercuti adalah murid. Aku mengambil beberapa hari untuk berehat sebelum hadir semula kesekolah untuk pemurnian e-rekod mengajar,mengecat tandas dan fokus utama ialah untuk memastikan makmal komputer diselenggara. sebagai Guru Penyelaras ICT,aku mengambil inisiatif untuk memeriksa kebolehgunaan sistem rangkaian(tahun depan akan digunakan sebagai makmal bahasa MBMMBI),baikpulih komputer dan keceriaan. Sekadar yang mampu mengikut kepakaran aku sahaja. Makmal kami menghadapi sedikit masalah dari segi penyambungan kabel dan rangkaian yang sudah lama.

Berbalik kepada HAC, ini kali ketiga aku meraikannya di SKDK. Tiada kata yang mampu diucapkan...Hebat,Mantap,bergaya...Hasil usaha dan kerjasama semua guru dan pentadbir, HAC SKDK sentiasa gemilang dan dipenuhi dengan pelbagai kejutan. Semangat semua guru sememangnya berada di tahap paling tinggi. Bermula 2 hari sebelum majlis hinggalah akhirnya...semua rakan setugasku sangat komited malah sehingga ke tengah malam membawa anak dan suami untuk memabantu sama. Dengan tema korporat dan futuristik, warna merah menjadi warna tema utama.

Kali ini aku menjadi AJK persembahan. Hampir dua bulan melatih beberapa murid dan membentuk kumpulan muzik 'Cilik". Mereka sangat berbakat dan aku mengesan bakat mereka pada tahun lalu.Hasrat aku ialah untuk membentuk sebuah kumpulan muzik kanak kanak yang mahir bermain alat muzik..bukan untuk menggalakkan mereka menjadi artis tetapi lebih baik guru membimbing mereka berbanding membiarkan mereka membuang masa dengan begitu saja.Aku dan Chegu abul mengambil inisisatif...membawa mereka berlatih di studio "greenCherry' selama sebulan( free ke?..mana ada free zaman sekarang).Pakai duit sendiri...kan kerajaan bagi banyak sampai ramai yang dengki...beli gitar elektrik dengan mengepau sesiapa yang sempat..thanks a lot cikgu abul...my super senior and my partner. Kami seronok dan gembira melatih anak anak murid ini...bukan kerana hendakkan nama...malah tak dapat apa apa pun.Seriously aku tidak tahu apa apa tentang muzik,tidak reti bermain apa jenis alat muzik pun..malah aku bukan guru muzik jua...yang aku tahu ialah sekali sekali berkaroke jamban bersama si ada chabang dengan suara yang aku rasa sangat sedap tetapi menyakitkan telinga mereka yang mendengarnya.



Kami tidak pernah berkisah tentang kerja..berilah apa saja tugas...akan kami junjung di atas batu jemala kami.Semuanya atas sebab cintanya kami terhadap dunia pendidikan.

HAC bermula dengan lancar dan dirasmikan dengan penuh gilang gemilang oleh Dato' Dr Shafei Abdullah, SETPOL Menteri Kewangan.Dato' Shafie Wangsa Maju dengan SKDK sangat akrab.Beliau banyak membantu sementelah anak anak beliau merupakan warga skdk juga. Bagi aku beliau ni sangat bermotivasi...bukan sebab dia orang politik tapi aku suka speech dia..very humble,tajam dan bersemangat malah sebagai bekas guru..dia faham situasi dunia pendidikan. Bukan aku nak up orang politik...aku dah biasa asam garam dunia politik..5 tahun jugak aku berkecimpung dengan dunia politik tapi sekarang dah malas dah rasanya...pening kepala woi...

Soft launching tahun ni sedikit simple...kalau tahun lepas pakai smoke screen,tahun ini pakai kapsul then netbook kuar dari bawah...bagi aku 2 tahun lepas sangat terbaik...laser ikan paus. Tetapi jasa baik abang zul sangat dihargai.Kalau kat tempat lain selamba sahaja dia caj RM100k kalau ikut pada alat dia...tapi ini parent prihatin walaupun anak dia yang sekolah kat SKDK dulu dah anak satu.

Aku berdebar menunggu 'Cilik' perform. Sehari sebelum kejadian aku terpaksa ganti penyanyi atas advise rakan rakan. Penyanyi asal bukan takder bakat tapi maybe belum bersedia untuk berhadapan dengan audien yang ramai..apapun masih ada masa. Mujur rakan rakan cadangkan penyanyi yang dah boleh menyanyi so lega hatiku.

Syukur...'cilik' perform dengan bagus sekali...smooth and clean walaupun drummer asyik kelaut...aku lihat parent sangat teruja..dan memberi sokongan. Lagu 'cinta muka buku' dan kenanganku menjadi turning point kepada persembahan HAC..(ceh masuk bakul sendiri angkat)..bukan aku kata tapi bos yang kata yang beliau sangat puas hati walaupun soft launch nampak macam simple sangat.



Kumpulan Cilik dan Manager mereka

Cilik (isham-gitaris,daniel-bass,nasrul-drummer,siwan-vokal) adalah sebahagian daripada permata skdk yang perlu digilap..dan tahun depan aku akan cari lebih ramai bakat bakat...bukan melalaikan mereka dengan muzik tapi pendidikan memerlukan pelbagai elemen...kalau tidak masakan subjek muzik perlu di ajar.Tentang hukum bermain alat muzik rasanya aku bukan orang yang wajar untuk membicarakannya..aku sekadar 4 senawi saja...sebelum ini aku terpaksa cari bebudak ni dekat cc..tapi syukur dengan training ni..kurang sikit mereka buang masa..tahun depan mereka dah darjah 6 so aku kena cari pelapis...itupun kalau ada alat muzik...mau sewa barai gak.

Cabaran melatih 'Cilik' sangat berbaloi. Hanya Isham yang 'gifted' yang lain 'zero' tetapi mereka sangat berbakat dan aku perlu angkat topi kepada cikgu saiful (polpot) SKTM yang sudi train bebudak nih...thanks bro.

Klimaksnya ialah pengumuman keputusan UPSR...38 murid berhasil mendapat 5A manakala 31 4A 1B.Janji Dato shafei kalau 50 orang beliau akan hadiahkan RM5k namun tidak berhasil. SKDK mencatatkan peningkatan di dalam semua subjek.Malah hampir mencapai sasaran GPS 1.8(dapat 1.88).Jumlah 5A meningkat dari tahun lalu 35 orang dan yang paling manis kami berjaya meninggalkan pencabar kami sk wangsa jaya....
Disebalik kegembiraan..aku merasa sedih juga kerana ada beberapa murid yang tidak berjaya mendapat 5A..yang pada aku 'they deserve it'..tapi rezeki telah tersurat....walaupun aku hanya ajar 2 kelas..itupun subjek KH...dan aku mendoakan agar mereka semua terus sukses..dan word Dato' shafie yang paling mengesankan ialah.."success is not a destination,i'ts a journey"

dan HAC ini mungkin yang terakhir buat big boss kami yang bakal bersara..Tuan Hj Zul.

Sunday, October 2, 2011

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia

sumber:http://kulanzsalleh.com
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:

Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;
Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:

pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.



Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.

Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Isu-isu lain dalam sistem pendidikan
Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:

Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;
Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan
Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Wednesday, September 28, 2011

Polis lagi stress dari cikgu?

Polis lebih stres berbanding guru
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Muhd Amirul Faiz Ahmad

2011/09/27

Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.


Hasil Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.

Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil.

Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara itu